Thursday

Puisi Untuk Muslimah

Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!

Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan

Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang soleh.

Saturday

Yang Membelenggu Benakku.

Video Yang Bermanfaat.

Salam. Allah...lamanya ya tak menjenguk blog ini. TI sihat-sihat sahaja. Sibuk dengan urusan sekolah, urusan keluarga, urusan akhirat, urusan blablabla hehee. TI juga dah tutup akaun Facebook TI hmm memang tak ada masa lagi dah nak online2.. Instragram pun otw. Tinggal ini ajelah blog ni..harap2 blog ni pun tak menimpa nasib yang sama ya. Insha Allah.

Ok ok hari ini TI nak share sesuatu. Mungkin ada yang dah menontonnya atau langsung tak pernah mengetahuinya. Tengah jalan-jalan kat Youtube tetiba terjumpa video ini. Video ni berepisod. Seronok sangat! Banyak input ok hehe! TI hanya letak beberapa episod di sini. Selebihnya korang sambung di Youtube ya hehe.

#Sesuai untuk pasangan bercinta ^____^
  Yang mana baik diambil ya ^___^
   Boleh search di sini ---> http://www.youtube.com/user/norhelmee



Friday

Lakukan kerana Allah SWT.

Salam. Malam yang sungguh indah ini TintaIman terajin pula nak post entry (hehe ada ke yang membacanya ye?). Alhamdulillah dalam keadaan diri yang kurang sihat ini ada juga ilham nak menaip kat blog tercinta ni.

Ehem, ok beberapa hari yang lalu TI pergi jalan-jalan makan angin dengan keluarga. TI pilih pakaian yang TI rasakan menutup aurat TI ni. Iaitu dress labuh yang longgar dan TI pakai cardigan yang labuhnya sehingga ke paras lutut. Ditambah dengan kasut ballet dan memakai stokin bersamanya. Dan semestinya tudung yang menutup bahagian depan. Ya, TI rasa itu sudah memadai untuk menutup aurat sebagai seorang muslimah yang ingin berubah ke jalan Allah.

Dah siap-siap ni dan tetiba ada seorang hamba Allah SWT ini berkata, "Aik pakai stoking? Dah macam orang dakwah dah tengoknya..". Allah! Masa tu hati tersentak sangat. "Tak apalah, tak salah pun pakai stoking", sambil TI beri senyuman.

TI memujuk hati supaya hiraukan apa pun orang sekeliling kata. TI tahu apa yang TI buat dan lakukan. TI buat bukan kerana sesiapa. Bukan atas permintaan atau kehendak seseorang. TI buat kerana Allah SWT.




Apa yang TI nak tekankan dalam entri ni ialah kalau kita mahu berubah, berubahlah kerana Allah. InsyaAllah Allah akan beri hidayah kepada hamba-hambaNya. Sham Kamikaze berkata, "Bila nak berubah ni, perlu ada pertolongan dari Allah. Kalau takde, tak jadi apa pun."
Sekiranya kita berubah kerana duniawi, maka proses perubahan akan sukar berlaku. TI percaya berubah kerana mahu mendapatkan perhatian dunia atau kepentingan diri akan menjadikan perubahan itu hangat-hangat tahi ayam saja.

Tapi, bila kita berubah semata-mata kerana Allah SWT, prosesnya akan menjadi lebih lancar meskipun banyak ujian yang menimpa kita. Sebabnya? Di situlah Allah akan memimpin tangan kita, mendorong langkah kita, malah menahan kita dari terjatuh.

Walaupun tidak banyak, berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah mungkin TI antara orang yang sangat bertuah diberi hidayah oleh Allah SWT. Dibuka hatinya untuk berubah. Namun kadang kala TI tak mampu berenang ke tepian dan terus dibawa arus Jahiliyah. Dengan bantuan Allah dan azam yang kuat InsyaAllah nak berubah itu tidak mustahil.

TI nak selitkan firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." (al-Baqarah: 208)
TI harap coretan yang tak seberapa ini mampu memberi sedikit motivasi kepada muslim dan muslimah yang sama seperti TI ini yang tercari-cari jalan keredhaan Allah SWT. Salam (:

TEMAN-TEMAN