DARIPADA Abu Musa ra katanya, sabda Rasulullah SAW:
Bandingan seseorang mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagiannya
saling menguatkan antara satu sama lain. Dan baginda menjalinkan antara jari-jarinya.
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian : Orang-orang Islam mestilah hidup tolong-menolong dan bersatu padu. Ia adalah asas kekuatan dalam masyarakat Islam. Hadis ini membuat perumpamaan untuk mendorong orang yang beriman supaya membudayakan sikap tolong menolong, bantu membantu antara mereka. Hal ini kerana manusia tidak boleh hidup sendirian malah saling memerlukan antara satu sama lain, seperti sebuah bangunan yang bahagian-bahagiannya saling menguat dan melengkapi antara lain. Walaupun kedudukan dan peranan mereka berbeza tetapi perbezaan itu adalah berdasarkan kepada persediaan dalaman masing-masing atau keupayaan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah. Islam adalah agama kemasyarakatan dengan erti menggalakkan umatnya hidup bermasyarakat, setiap individu wajib memelihara hak orang lain seperti mana haknya wajib dipelihara oleh orang lain.
entri yg menarik :)
ReplyDeletewww.cikfie.com