Friday

Lakukan kerana Allah SWT.

Salam. Malam yang sungguh indah ini TintaIman terajin pula nak post entry (hehe ada ke yang membacanya ye?). Alhamdulillah dalam keadaan diri yang kurang sihat ini ada juga ilham nak menaip kat blog tercinta ni.

Ehem, ok beberapa hari yang lalu TI pergi jalan-jalan makan angin dengan keluarga. TI pilih pakaian yang TI rasakan menutup aurat TI ni. Iaitu dress labuh yang longgar dan TI pakai cardigan yang labuhnya sehingga ke paras lutut. Ditambah dengan kasut ballet dan memakai stokin bersamanya. Dan semestinya tudung yang menutup bahagian depan. Ya, TI rasa itu sudah memadai untuk menutup aurat sebagai seorang muslimah yang ingin berubah ke jalan Allah.

Dah siap-siap ni dan tetiba ada seorang hamba Allah SWT ini berkata, "Aik pakai stoking? Dah macam orang dakwah dah tengoknya..". Allah! Masa tu hati tersentak sangat. "Tak apalah, tak salah pun pakai stoking", sambil TI beri senyuman.

TI memujuk hati supaya hiraukan apa pun orang sekeliling kata. TI tahu apa yang TI buat dan lakukan. TI buat bukan kerana sesiapa. Bukan atas permintaan atau kehendak seseorang. TI buat kerana Allah SWT.




Apa yang TI nak tekankan dalam entri ni ialah kalau kita mahu berubah, berubahlah kerana Allah. InsyaAllah Allah akan beri hidayah kepada hamba-hambaNya. Sham Kamikaze berkata, "Bila nak berubah ni, perlu ada pertolongan dari Allah. Kalau takde, tak jadi apa pun."
Sekiranya kita berubah kerana duniawi, maka proses perubahan akan sukar berlaku. TI percaya berubah kerana mahu mendapatkan perhatian dunia atau kepentingan diri akan menjadikan perubahan itu hangat-hangat tahi ayam saja.

Tapi, bila kita berubah semata-mata kerana Allah SWT, prosesnya akan menjadi lebih lancar meskipun banyak ujian yang menimpa kita. Sebabnya? Di situlah Allah akan memimpin tangan kita, mendorong langkah kita, malah menahan kita dari terjatuh.

Walaupun tidak banyak, berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah mungkin TI antara orang yang sangat bertuah diberi hidayah oleh Allah SWT. Dibuka hatinya untuk berubah. Namun kadang kala TI tak mampu berenang ke tepian dan terus dibawa arus Jahiliyah. Dengan bantuan Allah dan azam yang kuat InsyaAllah nak berubah itu tidak mustahil.

TI nak selitkan firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam sepenuhnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." (al-Baqarah: 208)
TI harap coretan yang tak seberapa ini mampu memberi sedikit motivasi kepada muslim dan muslimah yang sama seperti TI ini yang tercari-cari jalan keredhaan Allah SWT. Salam (:

No comments:

Post a Comment

TEMAN-TEMAN