Monday

Berbakti dan Mendoakan Ibu

Salam semua ^^ Hari ini TI rajin pula nak post sesuatu hehe. Harap post kali ini memberi manfaat. InsyaAllah (:

al-Quran, sunah dan ijmak ulama menegaskan hukum berbakti kepada orang tua adalah Wajib.


Surah al-An'am, ayat 151 yang bermaksud :

"Marilah kubacakan apa yang Allah haramkan ke atas kamu iaitu janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan berbuat baiklah kepada kedua ibu dan bapamu."

Surah al-Israk, ayat 23 yang bermaksud :

"Tuhanmu memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainnya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu dan bapamu dengan sebaik-baiknya."

"Seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi? Nabi menjawab, 'Ibumu'. Orang itu bertanya lagi, 'Selepas itu, siapa pula?' Nabi menjawab, 'Ibumu.'. Orang itu terus bertanya, 'Kemudian, siapa lagi?' Buat kali ketiga, Nabi menjawab, 'Ibumu'. Orang itu bertanya lagi, 'Kemudian, siapa?' Nabi menjawab, 'Bapamu." 
(Hadis laporan Bukhari dan Muslim)

Kitab al-Ijma iaitu tulisan Ibnu Hazm juga menjelaskan, para imam mujtahid sepakat mengatakan bahawa berbakti kepada orang tua hukumnya Wajib. Justeru, setiap anak perlu melaksanakan kewajipan tersebut.

Sesiapa yang berbakti kepada orang tuanya akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Siapa yang menderhaka kepada ibu bapanya mendapat dosa dan seksaan.

Selagi mereka masih hidup, berbaktilah kepada mereka InsyaAllah kita akan senang dikemudian hari.
Post berkaitan ini akan diupdate lagi. Terima kasih kerana membaca. (;

No comments:

Post a Comment

TEMAN-TEMAN