Friday

Bersatu Padu Asas Kekuatan Islam

Assalamualaikum WBT, hari ini TintaIman ingin memberi sedikit huraian mengenai hadis yang TintaIman pilih. Hadis ini berkisah tentang perlunya bersatu padu dalam kalangan sesama Islam kerana aspek tersebut merupakan asas kepada kekuatan Islam sendiri.




DARIPADA Abu Musa ra katanya, sabda Rasulullah SAW: 
Bandingan seseorang mukmin yang lain seumpama sebuah bangunan yang bahagiannya
 saling menguatkan antara satu sama lain. Dan baginda menjalinkan antara jari-jarinya.
 (riwayat Bukhari dan Muslim) 

Huraian : Orang-orang Islam mestilah hidup tolong-menolong dan bersatu padu. Ia adalah asas kekuatan dalam masyarakat Islam. Hadis ini membuat perumpamaan untuk mendorong orang yang beriman supaya membudayakan sikap tolong menolong, bantu membantu antara mereka. Hal ini kerana manusia tidak boleh hidup sendirian malah saling memerlukan antara satu sama lain, seperti sebuah bangunan yang bahagian-bahagiannya saling menguat dan melengkapi antara lain. Walaupun kedudukan dan peranan mereka berbeza tetapi perbezaan itu adalah berdasarkan kepada persediaan dalaman masing-masing atau keupayaan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah. Islam adalah agama kemasyarakatan dengan erti menggalakkan umatnya hidup bermasyarakat, setiap individu wajib memelihara hak orang lain seperti mana haknya wajib dipelihara oleh orang lain.

Monday

Berbakti dan Mendoakan Ibu

Salam semua ^^ Hari ini TI rajin pula nak post sesuatu hehe. Harap post kali ini memberi manfaat. InsyaAllah (:

al-Quran, sunah dan ijmak ulama menegaskan hukum berbakti kepada orang tua adalah Wajib.


Surah al-An'am, ayat 151 yang bermaksud :

"Marilah kubacakan apa yang Allah haramkan ke atas kamu iaitu janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu apa pun dan berbuat baiklah kepada kedua ibu dan bapamu."

Surah al-Israk, ayat 23 yang bermaksud :

"Tuhanmu memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainnya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu dan bapamu dengan sebaik-baiknya."

"Seseorang bertanya kepada Nabi Muhammad, "Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi? Nabi menjawab, 'Ibumu'. Orang itu bertanya lagi, 'Selepas itu, siapa pula?' Nabi menjawab, 'Ibumu.'. Orang itu terus bertanya, 'Kemudian, siapa lagi?' Buat kali ketiga, Nabi menjawab, 'Ibumu'. Orang itu bertanya lagi, 'Kemudian, siapa?' Nabi menjawab, 'Bapamu." 
(Hadis laporan Bukhari dan Muslim)

Kitab al-Ijma iaitu tulisan Ibnu Hazm juga menjelaskan, para imam mujtahid sepakat mengatakan bahawa berbakti kepada orang tua hukumnya Wajib. Justeru, setiap anak perlu melaksanakan kewajipan tersebut.

Sesiapa yang berbakti kepada orang tuanya akan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Siapa yang menderhaka kepada ibu bapanya mendapat dosa dan seksaan.

Selagi mereka masih hidup, berbaktilah kepada mereka InsyaAllah kita akan senang dikemudian hari.
Post berkaitan ini akan diupdate lagi. Terima kasih kerana membaca. (;

Wednesday

Adab Ketika di Masjid

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Aktiviti memakmurkan masjid adalah amalan yang amat digalakkan dalam Islam. Allah SWT berfirman di dalam Surah at-Taubah ayat 19 (yang bermaksud) :
 
"Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid al-Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim."

Sesungguhnya, sebelum kita pergi, melangkah masuk dan meninggalkan masjid, terdapat adab-adab yang perlu dipatuhi agar kita mendapat balasan pahala sebaiknya. (:

1. Berangkat ke Masjid
Sebaiknya berjalan kaki menuju ke masjid jika rumah kita berdekatan dengan masjid. Rasulullah SAW bersabda, "Barang siapa yang bersuci dari rumahnya kemudian berjalan ke salah satu rumah dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan salah satu dari kewajipan yang Allah wajibkan, maka kedua langkahnya atau salah satunya akan menghapus dosa dan langkah yang lainnya akan mengangkat darjat." (HADIS RIWAYAT MUSLIM)

Selain dapat menyihatkan badan, ada juga kebaikan yang kita tidak nampak iaitu mendapat pahala yang setimpal seperti mana sabda Rasulullah SAW diatas.

Kita juga digalakkan memakai pakaian yang bersih dan sunat mengenakan bau-bauan segar dan wangi agar lebih khusyuk ketika melaksanakan ibadah. Untuk wanita pula usah berlebihan ketika mengenakan pewangi di badan. Pakaian juga harus sopan.

2. Berada di Dalam Masjid
Perkara pertama adalah menanggalkan kasut. Seterusnya, mulakan langkah dimulai kaki kanan kerana ia lebih diberkati. Ketika melangkah jangan lupa untuk berniat, "Ya Allah bukakanlah untukku pintu rahmatMu."

Jika berkesempatan, tunaikan solat sunat Tahiyyatul masjid sebanyak dua rakaat.

Tanamkan perasaan tawaduk ketika berada di dalam masjid. Bayangkan kita sedang menghadap Allah justeru kita perlu menjaga tatasusila serta percakapan. 

Usah berbual hal duniawi dan mundar-mandir tanpa arah. Duduk menghadap kiblat dan perbanyakkan zikir @ membaca al-Quran.

Kita juga tidak boleh membuang sampah dan membuat kekotoran di rumah Allah.

3. Beredar Dari Masjid
Dahulukan kaki kiri sambil berdoa, "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk."

Mudah-mudahan apa yang dikongsikan disini memberi sedikit manfaat kepada kita semua. InsyaAllah. (:

Sumber dan diubahsuai : Dara.com



Muharam

Bacaan doa awal tahun dilakukan selepas waktu asar atau sebelum maghrib pada 29 atau 30 Dzulhijjah. Bacalah sebanyak 3 kali. InsyaAllah mendapat keampunan dari Allah SWT.


Selepas itu, baca pula doa awal tahun, iaitu pada 1 Muharam. Baca sebanyak 3 kali selepas waktu Maghrib. Moga-moga pada tahun baru kita dapat meningkatkan amal ibadah kepada Allah.





Semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah SWT.
Selamat Beramal Ibadah Sahabat-sahabatKu (^__^)


إن شاء الله


Law fee youm (Whenever)
Kanelheml aleik tee'eel (It's unbearable)
Wetayeh lewahdak (That you're lost and alone)
Mesh la'ee daleel (You can't find any evidences)


Welhomoom (And when concerns)
Tekhallelleil taweel (Make night eternal)
Wetermeek fee ghorba (And make you feel foreignness)
Wemarara weweil (And bitterness)


Medd edeik (Ask for help)
Tel'ah dayman hawaleik (You always find Him)
Howwallah ablak hasses beek (He's Allah; feels you before you do)




TEMAN-TEMAN